Bersedialah Dari Sekarang

Dalam keadaan sekarang apa yang paling penting?

  • Persiapkan amalan dan takwa.
  • BacktoAllah.
  • Zikir banyak-banyak.
  • Istighfar banyak-banyak.
  • Berdoa banyak-banyak.
  • Usah saling menyalahkan. 

Mantapkan tauhid. Tidak terjadi sesuatu tanpa izin Allah. Doakan agar Allah kurniakan kita pemimpin yang berwibawa. Doakan mereka dan kita dikurniakan hidayah dari kesesatan. Doakan agar Allah beri kekuatan kepada seluruh barisan hadapan untuk kuat berjuang demi agama dan bangsa. Semoga Syurga tempat para syuhada, para solihin yang telah pergi meninggalkan kita.

Mereka sudah. Bila pula giliran kita. Bersedialah. Bersedia dari sekarang. Ayuh mantapkan iman. Fokus akhirat sebagai tujuan utama. 

Nora Yusof
#MenulisKESyurga.
#JanaPAHALAtanpaHentibersamaFTR



Dah nama pun berniaga, mestilah kena ada jual beli.

Taknak beli duk dediam.

Saya pun tak paksa aih.

'Alah ilmu pun nak kedekut ke' nak berkira jugak ke?

Mesti! Sebab saya yang wat susah payah. ikut suka saya nak cas ke taknak.

Dia sambung lagi... katanya.

'Kalau macam tu tak ikhlas lah nak tolong orang.'

Kamu mana tau saya tolong orang macam mana? Tak tahu jangan nak memandai-mandai buat andaian. Ikhlas kira percuma ke? Habis berbayar tak ikhlas?

Ikhlas tak kira percuma ke berbayar oritee. Mana kamu belajar ikhlas tu mesti percuma aje?

Habis yang bersedekah guna duit semua tak ikhlas lah?

Kamu tu yang tak ikhlas nak tolong diri sebenarnya. Kedekut dengan diri sendiri. Nak hadiahkan ilmu untuk kebaikan diri pun berkira. 

Kamu taknak beli ada saya kisah? 

Saya tak kisah. Kamu taknak. Saya kasi pada yang nak. Settle. Tak yah cakap banyak.

Bising pulak dia. Eh eh.

Nak berguru. Guru kena tunduk kat anak murid ke, anak murid kena tunduk kat guru?

Kalau nak baca, cabar diri sendiri dapatkan yang original daripada saya. Huhu.

Bukan baca dari kawan, bukan copy paste tanpa restu. Bukan pinjam-pinjam.

Nak buat macam tu mintak izin saya dulu. 

Okey?

Terima kasih.

P/S: Saya tak pernah paksa pun. Ikut suka sayalah. Jadi apa hak kamu nak maki-maki saya kedekut bagai. Terima kasih sedekah pahala free kat saya.

Saya mudahkan jalan aje supaya kamu tak perlu pening macam saya bertahun-tahun. Just sedekah (bayar) untuk dapat ilmu besar pahalanya. Itu pun nak dapatkan rezeki untuk diri. Nak Ilmu tentang rezeki. Nak tambah rezeki pun boleh berkira-kira. 

Bukan saya tak paham mereka yang susah. Tapi cubalah usaha sikit. Nampak bebenor suka cari alasan. Saya cakap macam tu sebab masa saya susah tak pernah buat macam tu. Kalau nak apa-apa saya akan usaha sampai dapat. Tak dapat saya bersabarlah sehingga datang pertolongan Allah. Gitu...

Bukan tau nak mudah aje.

Nak yang percuma? Kat wall saya ni pun berlambak. Tang mana lagi kedekut? Haiyaa..takkan saya nak tolong bacakan satu-satu plak. Godeklah sendiri.

Kenapalah kamu tak belajar bersyukur? Meraikan Ilmu itu tanda orang yang bersyukur tau.

P/S/S: Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan ke Syurga.

Itu pun taknak tempuh? Tak percaya janji Allah?

Hummmm

Eh tak tido lagi ya anda yang baca ni. Sorilah saya membebel pulak pepagi buta ni. Jam 1.43 pagi. Adehhh!

Nora Yusof.


#AlwaysBackToAllahWithFTR





Rahsia Kejayaan Kehidupan

RAHSIA KEBERKATAN

Keempat-empat imam besar 
Hanafi 
Maliki 
Syafie 
Hanbali


Rahsia kejayaan mereka dalam kehidupan adalah mengutamakan redha ibu, Allah dan sangat menghormati guru.



Nak buat apa, nak pergi menuntut ilmu walau dekat jauh. Nak keluar berjumpa kawan dan sebagainya pasti akan tanya ibunya dulu sama ada baik atau buruk. Dengar cakap ibu tanpa bantahan. Mesti utamakan ibu. Tiap kali nak menuntut ilmu. Walaupun dia tahu menuntut ilmu itu adalah tujuan yang sangat baik, nak tak nak dia akan mintak pendapat ibu dia dulu. Ibu dia jawab 'ya' baru dia pun ya dan akan sentiasa meminta ibu mendoakan dia mendapat ilmu yang bermanfaat untuk dirinya dan orang lain.

Kelebihan Ibu keempat-empat imam ni semua pandai baca quran. Anak-anaknya jadi ulama besar dan alim dalam segala ilmu puncanya hafaz al-quran dan ajar quran start dari kanak-kanak tu boleh bercakap.

Satu lagi yang paling-paling dipentingkan ibu-ibu ini adalah makanan yang halal. Apa yang diberinya dipastikan dari sumber yang halal.

Tahap halalnya sampaikan Imam Hanafi ni, bila dapat tahu ada perompak kambing makan daging kambing, buang tulang atau sisa kambing dalam sungai/punca air. Disebabkan takutnya dia termakan ikan-ikan yang makan sisa kambing yang dibuang tu, dia menahan diri selama 6 tahun tak makan ikan.

sebab jangka hayat ikan tu paling lama 6 tahun katanya nelayan. . . Kita???

Sumber sejarah Islam.


Nora Yusof. 




Nak Malu Apa Promot Bisnes Sendiri

Buat jelah. Kalau tak promot orang tak nampak.

Kalau promot pun belum tentu orang beli. Apatah lagi kalau tak promot.




Orang tak paham dia akan kata kita gila duit. Kata kita gila kekayaan. Kata kita macam-macam. 

Jalan terus je guys. Niat kita. Visi misi kita Allah tahu cukup. Team faham cukup. 

Malu-malu kuching takyah bisness lah weh.

Jutawan tak jutawan letak tepi. NY buat je. Closing pun NY buat. Marketing pun NY buat. Menulis pun NY buat. Mentoring pun NY buat. Selagi boleh beri manfaat pada orang. 

Mission nak bantu lebih ramai orang kan. Selagi kita boleh buat. Buat jelah sampai meninggal. Buat kerana Allah. 

Lenguh nak betulkan apa yang orang lain fikir.


Nora Yusof.
#BacaBacaSENTAP




Ramai Kata Nak Berjaya

Tapi kenapa ramai yang gagal? 

Sebab mereka hilang

Fokus
Energy
Semangat
Komited
Konsisten


Nak promot pun malas. Nak train agen pun penat. Nak bantu orang tak ikhlas.


Banyak alasan lebih daripada wawasan nak berjaya tu.




Bagi alasan memang syurga betul sebab dapat puaskan hati sendiri. Hakikatnya sudah dilevel yang sama bertahun tanpa berubah. Just turun naik dan maintain lepas tu selesa.

Takda inisiatif nak upgrade next level.

Tengok orang lain lebih berjaya, mengelupur nak sama.


Tapi tindakan tak sama.


Nora Yusof.

Kebenaran Memang Pahit

Kecantikan yang kekal abadi adalah disyurga nanti. Apa yang manusia nak didunia Allah sediakan disyurga sana. Nak muda jelita tak tua. Ahli syurga perempuan sweet 17. Setiap hari bertambah jelita. Umur tak berubah selamanya. Sentiasa dara bak bidadari.

Makan sebanyak yang mahu tanpa rasa perlu leceh membuang dan sebagainya. Tidak sakit tapi sihat selamanya. Inilah yang manusia nak setiap hari. Sebab tu di dunia ni bermacam2 dijualnya jamu online lah. 

Segala jadah petua mak nenek mekap untuk kelihatan cantik muda bergaya jelita dan dara. Makanan bermacam-macam yang jika tidak dikawal mendatangkan penyakit yang pelbagai pula. 

Sedangkan Allah janjikan itu semua disana. Tapi manusia berhabiskan masa untuk merebutnya didunia ni lagi. Sehingga lalai melupakan amal dan masa yang sepatutnya dihabiskan untuk mendapatkan keabadian disana bukannya yang sementara disini. 

Bersiap bermekap berjam-jam. Membazirkan air wuduk dan sebagainya. Berhias untuk siapa dan untuk apa? 

Tak ubah rupa perempuan jahilliah. Berpada-pada dan bersederhanalah. Bukan berlebihan.  

Obses FTR itu lebih baik dari obses pada kecantikan yang Allah tak pandang pun. 

Sebab ilmu bermanfaat itu disebut di dalam alquran sebagai bekal akhirat yang membawa ke syurga. Takut suami lari? 

Takut suami itu dan ini? Suami yang ikhlas dia akan terima isteri seadanya. Isteri yang tak cantik sebab uruskan anak mengandungkan dan membesarkan anak itu lebih cantik dari 100 bidadari syurga pun. 

Kerana dia bekorban untuk setia menjaga zuriat yang membawa kesyurga disana nanti inshaaAllah dialah tercantik. 

Kita tahukan suami jenis apa yang meninggalkan isteri hanya kerana rupa paras? Pikirlah. 

Suami anak harta semua itu pinjaman yang tak kekal. Yang kekal disana nanti. Fokuslah Ibadat. 

#AlwaysbacktoAllah. 

Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kebenaran selalunya pahit. 




Kita selalu menidakkannya untuk puaskan hati sendiri tanpa ilmu yang betul. Ayuh Bertaubat dan mintalah Husnul Khatimah. Orang yang cinta nasihat itu tandanya cinta agama.

Nora Yusof. 
#BacaBacaSENTAP

Ayuh ... Muhasabah Diri

Sometimes bukan kita tak dapat sales sebab kita tak buat marketing. Dah buat marketing dari pagi ke malam tapi rezeki masih belum kunjung tiba..


Tapi... 


Rupanya kita tak cukup selawat kita. Rupanya kita lupa istighfar kita. 
Rupanya kita lewatkan solat kita. 
Rupanya kita tinggal sedekah kita. 
Rupanya kita lalai zakat kita. . . 


Yang paling teruk. Kita hilang rasa syukur kita sepanjang hari dengan apa yang kita ada dan apa yang kita dah usahakan. . . 


Allahu. 


Boleh jadi dosa-dosa kita menyekat rezeki sampai pada kita. Kita rungsing, risau, gelisah, sedih, moody, apa yang kita nak tak dapat-dapat. 






Rupanya ibadah kita sudah makin lama makin culas. Kita selalu salahkan marketing atau salahkan pelanggan yang tak membeli. 


Padahal kita bersalah besar dengan TUHAN. .

Ayuh muhasabah diri sebentar. . Mana tahu rezeki terbuka lepas kita muhasabah diri. Dan perbetulkan semula semuanya dari asas. 


Nora Yusof. 
#FTRExclusive 
#BacaBacaSENTAP.



Jangan Suka Menghukum Orang

Ayah kau ustaz. Kenapa anak kau macam ni.

Mak bapak bukan main warak. Anak macam haram degil tak dengar kata padia lah...

Dan banyak lagi lah kalau kita dengar dialog macam ni? Anda nak tambah?

Saya hanya mampu senyum. Manusia yang tak sedar diri nak buat kerja tuhan mana nak paham hati perasaan orang bila dah mula membawang tu.




Habis tu nabi nuh tu kenapa anak bini derhaka. Sedangkan dia tu nabi. Okeylah Nabi Muhammad hat maksum tu, kenapa pak sedara tu ahli neraka jugak akhirnya? Tu nabi tu. Yang itu kita nak kata apa pulak?

Lain kali cakap tu biar tahu asas agama. Mak pak ustaz pun bukan bermakna dia tak pernah nasihatkan anak dia. Bukan dia tak usaha tegur ke apa. Kita ni tahu apa lah kan, tahu mengata kita tahulah, dah tu tegurlah anak tu kata kita. Nakalnya semacam. Amboi. Habis dah tegur siap pukul, tak jadi jugak kamu nak salahkan apa pulak?

Hidayah tu kerja tuhan. Kita ni jangan cakap macam orang takda agama. Jangan hina orang lain tanpa tahu kesukaran dia, kesedihan dia, kekecewaan dia, kesungguhan dia. Dah Allah kata belum dapat hidayah buatlah macam manapun.

Sebab tu jangan pepandai hukum orang berdasarkan apa kita tengok dengan mata kepala. Tengok sekali takbir agama tu. Siapa pemilik hati? Bukan tak usaha. Bukan tak ajar. Kadang benda ni, Allah uji sape pun boleh kena sekalipun tu adalah nabi. Nak bagitahu... nabi yang maksum tu pun tak mampu bagi hidayah kalau orang tu Allah kata sesat.

Dia sesatkan siapa yang dia suka. Dia bagi hidayah pada siapa yang dia suka. Walaupun orang tu dalam keluarga alim ulama pun.








Nora Yusof.
#BacaBacaSENTAP




Diam Itu Adalah Lebih Baik Dari Berkata-kata

Kalau tak boleh cakap benda yang baik pasal orang lain, baiklah diam. Kalau ada sekalipun. Simpanlah sorang. Serahkan pada Allah. Nak tegur p personal. Jangan sebarkan pada orang lain. 

Bahagia sungguh andai benda-benda baik je lalu lalang dan didengarikan? 

Bukankah suasana syurga begitu?

Justeru kenapa tak jadikan tempat tinggal kita sekarang ni adalah bayangan syurga? Jadikan syurga sebelum benar-benar sampai syurga? 

Ermmm. Stop fikir buruk. Cakap buruk. Cari buruk or sampaikan yang buruk. 

Nora Yusof.
#FTRExclusive.




Perbetulkan Diri Sendiri Dahulu Sebelum Nak Betulkan Orang Lain

Sibuklah memperbaiki diri sendiri agar kita takda masa nak sibuk memperbaiki orang lain.

Betulkan diri sendiri dulu sebelum nak betulkan orang lain. Jika mahu tegur orang lain, niatkanlah untuk tegur diri sendiri dan menjaga adab-adab menegur dengan baik. InshaaAllah. 

Orang yang suka mencari baik orang lain tidak akan sempat nak mencari kesalahan orang lain.

Mohon doakan sesama semoga kita dikurniakan kasih sayang sesama kita. Bukan mencari perbalahan dan permusuhan.

Takda sapa betul. Takda sape salah. Yang ada Musyawarahlah. Musyawarah dengan penuh hikmah. Tanpa mahu menjatuhkan orang lain. 

Itulah orang berilmu tinggi. 

Nora Yusof.
#FTRExclusive
#1JUTApembaca




Teman Sejati

Nak cari seorang teman sejati yang bernama 'SITI KHADIJAH' atau 'ABU BAKAR' yang sanggup berjuang dalam dakwah sehingga ke penghabisan nyawa tu susah dan sangat payah.

Seorang yang setia. 

Seorang yang sangat dicintai Rasul kerana orang pertama yang support baginda dan tidak pernah meninggalkan baginda dalam keadaan apa pun.

Ya Allah aku yang terpilih. Andai merasa sangat lelah telah kuhentikan perjuangan ni. Tapi sebab FTR ni adalah perjuangan dalam membantu agamamu. Permudahkanlah perjalanan sulitku. Hadirkanlah daku insan yang sepertinya SITI KHADIJAH dan ABU BAKAR. TEMAN yang SEJATI. Buat menemani perjuangan suci sampai titisan nyawa yang terakhir. 

Tidak meninggalkanku dalam keadaan apa pun sepertimana kau kurniakan untuknya kekasihmu MUHAMMAD seorang SITI KHADIJAH dan SAHABATnya SEORANG ABU BAKAR. 

- NORA YUSOF.



Kalau Berjaya Itu Senang .... kenapa masih tidak berjaya lagi?

Nak buat sesuatu sampai jadi tu tak senang.

Nak jadi founder tu tak senang.

Nak jadi leader tu tak senang.

Nak jadi majikan tu tak senang. 

Bila akan senang?

Bila ada ilmu yang betul baru akan senang.

Dan ia tak juga senang... sebab nak aplikasikan ilmu tu perlukan kekuatan kesungguhan, komitmen yang luar biasa. Fuh....

Kalau lah semua benda senang pasti semua orang dah berjaya. 

Dan kalau berjaya tu senang kenapa kita masih lagi tak berjaya?

Dan kenapa bila kita tengok orang berjaya tu berjaya dan kita pun dengki. Kita rasa Allah tak adil. Kita rasa orang tu tak layak dll. 

Kita tak pernah tahu apa kesusahan yang dilalui untuk berjaya.

Ayuhlah bersusah susah untuk berjaya 😂

Baru kita akan hargai kemanisan kejayaan.

Kalau kita nak tekan butang live pun terkial-kial. Macam macam alasan kita bagi. Jadi jangan lah kita kata buat live tu adalah senang. Bagi talk tu senang sebab kita sendiri pun tak mampu cabar diri kita untuk buat. Itu contoh jelah...

So kesimpulannya. Nak berjaya ni tak senang dan memang perlukan pengorbanan. 

Nora Yusof.
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP



Kenapa Kita Tak Sabar Dalam Bisnes?

Ramai je yang buat separuh jalan. Tak buat sampai habis. 


Tidak sabar dalam bisness apatah lagi sabar dalam dakwah. 

Kita lompat-lompat bisness ada banyak sebab. Kita tak jelas banyak benda. Dan banyak faktor kenapa kita lompat bisness. But then if kita mencari kesempurnaan percayalah kita takkan jumpa. 

Bila kita buat sesuatu. Buat sampai habis. Sampai kemuncak. Kita clear hala tuju kita. Kita clear mission vission kita. Walaupun kita takda apa ditangan kita akan tetap terus buat. 

Kita bermula untuk menjadi sempurna bukan tunggu sempurna baru nak bermula. 

Sama macam rumah lah. Rumah tak dibina lagi tapi pemaju dah dapat kastemer. Padahal tiang rumah pun takda lagi tapi buyer dah beli rumah tu. Why? Sebab dia dah nampak gambaran rumah masa depan yang nak disiapkan dan dia letakkan kepercayaan tu kepada kontraktor atau pemaju yang mengendalikan perumahan tu bahawasanya rumah yang dibeli akan disiapkan pada tarikh yang dijanji. 

Kalau dengan manusia pun sebegitu rupa kita meletakkan kepercayaan walaupun belum pasti siap atau tidak. APATAH lagi percaya pada janji Allah yang membela hambanya yang menjaga agama? Yang berdakwah ajak manusia #AlwaysbacktoAllah pun kita tak percaya dan tak buat sepenuh hati kita???

Malah kita tinggalkan dakwah untuk sesuatu yang lain? Yes betul berdakwah ada dimana-mana, dalam banyak cara. But then sama tak cara bila berdakwah dengan ilmu vs tanpa ilmu? Ofkos tak sama.

FTR is the basic yang human nak kena ada. Nak kena faham. Ramai yang tahu sedekah tapi tak pernah faham plus tak pernah buat kerana tak mendalami ilmu. Kita berdosa kalau tak sampaikan ilmu ni. 

Tanpa ilmu ni juga. Kalau orang berhutang, akan terus buat hutang. Sebab mereka takda ilmu. Belum campur riba dll lagi. Sangat banyak tanggungjawab kita nak beri kesedaran bantu buka minda dan mindset ramai orang tentang peri penting faham 'THE BASIC OF LIFE with ALLAH.'

Buat sesuatu. Buat sampai habis. Buat sampai jadi. Teruskan buat. Teruskan bersabar. Sungguh Allah bersama orang yang sabar dan orang yang berilmu. 




ILMU akan jaga kita walaupun kita takda harta. Tapi harta kita kena jaga dia sebab dia tak boleh jaga kita. Dan kita takkan boleh jaga HARTA tanpa ILMU yang betul. 

Tinggalkan ILMU jangan tinggalkan harta.

Untuk anak isteri ke, keluarga ke. Tinggalkan ILMU pada mereka. Terutamanya ILMU agama. Bila ada ILMU, ILMU akan jaga mereka melebihi harta. Harta akan habis bila ditinggalkan. Tapi ILMU tidak akan pernah habis. Harta boleh dicari bila ada ILMU. Lebih baik ajar keluarga kita bersusah payah supaya mereka belajar dan berdikari tentang hidup ni. Kita sendiri pun carilah ILMU selagi ada umur dan masa. 


Nora Yusof.

Rezeki tue Allah Yang Tentukan

Buat apa lah risau pasal rezeki orang lain lebih banyak dll. 

Kita tak dapat apa kita nak sebab kita malas.

Mereka dapat apa mereka nak sebab mereka rajin.

Tak berhenti usaha. Tak berhenti tambah ilmu. 

Kita tengok rezeki orang, kita terbakar. Tak senang duduk. Baguslah. Tapi tang tak bagusnya bila tak buat apa-apa untuk ubah tahap rezeki kita.

Usah cemburukan rezeki orang. Bersyukur dulu dengan apa kita ada. Nanti Allah tambah lagi.

Yes!

Hanya semudah bersyukur dan serahkan pada Allah sahaja hasil usaha kita.

Rezeki itu sebuah kesabaran.

Rezeki itu sebuah kesyukuran.

Rezeki itu sebuah ketenangan.

Perbanyakkan amal ya. Ianya hanya milik orang yang yakin dengan rezeki Tuhan.

Rahsia yang bukan rahsia pun. Jaga mental blok. Jaga hati. Bantu orang.

Semoga bermanfaat. 




Nora Yusof.




Cara Setelkan dan Langsaikan Hutang

Apa yang saya nak sampaikan adalah bagaimana cara setel hutang dengan memahami perkara yang paling asas yang kita sendiri tak pernah terfikir. Anda boleh gunakannya untuk setel apa jua jenis hutang sekalipun. Misalnya hutang personal loan, hutang kereta, hutang PTPTN dan hutang kad kredit. Ini contoh-contoh hutang yang sering kali membelenggu diri kita semua. Saya tak salahkan anda kerana berhutang sebab setiap orang ada alasan masing-masing.

Apa yang saya nak sampaikan adalah bagaimana nak setel hutang-hutang tersebut supaya kita bebas hutang. Ok, pernah tak kita terfikir kenapa kita WAJIB bayar hutang. Kadang-kadang kita jarang terfikir kenapa. Anda kena ingat dalam hutang yang anda buat tu ada hak orang lain. Misalnya hutang PTPTN, anda berhutang dengan PTPTN tapi tak nak bayar atau liat nak bayar. Anda tak sedar dalam tu ada hak orang lain.

Biasa kita dengar, kalau nak setel hutang kita kena guna macam-macam teknik. Saya tak kata ianya salah dan anda boleh gunakannya. Apa yang saya nak bagitau hutang itu perlu dibayar dengan sejumlah WANG. Ok bila sebut wang ramai yang mula kerut dahi muka tak keruan.

Maka bermulalah macam-macam cara yang boleh mendatangkan wang untuk bayar hutang. Betul kan? Ada yang buat bisnes untuk tambah pendapatan dna ada juga mula berjimat cermat dalam perbelanjaan. Nak bayar hutang sebenarnya berkaitan dengan bagaimana anda mendisiplinkan diri. Kena didik diri supaya bayar hutang.

Ramai yang nak jadi kaya tapi kita nak jadi kaya atas sebab apa sebenarnya? Sebab nak bayar hutang je ke? Ini contoh-contoh jawapan yang selalu kita dnegar bagi soalan kenapa nak jadi kaya?

“Nak buat bekal akhirat, nak sedekah, nak tolong orang susah, nak bantu orang Islam, nak capai kebahagiaan dunia akhirat, nak gembirakan orang, nak bayar hutang, taknak berhutang, nak beri pendidikan, makanan yang terbaik untuk anak-anak, nak pergi umrah, haji dan melancong, nak contohi Nabi dan para sahabat yang kaya-raya, dan sebab revolusi dunia, iaitu terpaksa kaya, duit bukan segala-galanya, tetapi segalanya memerlukan duit sekarang ni katanya mereka.”

Masing-masing cari duit untuk bayar hutang. Masing-masing cari duit sebab anggap duit itu rezeki. Rupanya kita dah tersalah anggap.

Sebenarnya duit bukanlah rezeki tetapi ALAT untuk kita dapatkan rezeki. Disebabkan salah faham konsep ni, ramai yang jadi hamba duit. Bukannya hamba ALLAH SWT. Tak perasan kan.







Peringkat Dosa Dalam Hati

Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.

Rasulullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”

Dosa ialah “virus” yang menyebabkan hati sakit. Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan. Apabila “raja” (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun dari takhtanya, dan naiklah “penjahat” (nafsu) sebagai penguasa yang baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak kepada kejahatan” (Surah Yusuf 12:53).

VIRUS DOSA

Seumpama penyakit lahir yang ada virus atau bakteria yang menjadi penyebabnya, maka begitu jugalah penyakit hati. Ada virusnya yang tersendiri. Sekali lagi ditegaskan bahawa virus penyakit hati ialah dosa.

“Virus” dosa akan menyerang dan “menyakitkan” hati tidak secara mendadak. Ia akan merosakkan hati secara perlahan lahan dan berperingkat peringkat. Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia satu kebiasaan yang terbentuk secara perlahan lahan, tahap demi tahap.

ADA EMPAT TAHAP VIRUS DOSA MEROSAKKAN HATI MANUSIA

1. Rasa Bersalah Dengan Dosa

Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini).

Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati kecilnya sendiri.

Atas dasar pakar psikologi mengaku bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang rasa “guilty conscience” – rasa bersalah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang menyeksakan, sebab apabila berdosa manusa seolah olah berperang dengan dirinya sendiri.

2. Rasa Biasa Dengan Dosa

Namun rasa berdosa itu tidak lama, Jika dosa yang sama itu dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak akan datang lagi. Ia sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang-ulang. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tapi ditahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega dan rela untuk berdosa dan terus berdosa

3. Rasa Seronok Dengan Dosa

Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan dan keindahan. Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, “penyakit” hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa.

Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati. Racun dosa akan bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah. Bagi dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh didalam hati.

4. Jadi Pembela Kepada Dosa

Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di “lebuh raya” nafsu dengan “kenderaan” sifat sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk “maju” setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat. Keseronokan dosa itu menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.

Pada tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosi dan dihiasi oleh si “toxic people” ini sebagai sesuatu yang indah, seronok, dan menguntungkan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.

Awas!! Hati yang sakit lama kelamaan akan menjadi buta. Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah. Sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir dan munafik.

Allah swt berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya” (Surah al-Isra’ 17:72)

BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT HATI

Bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah? Mula mula kita perlu menyedari bahawa hati itu bolak balik sifatnya. Rasullullah SAW menjelaskan hati itu bagaikan kuah yang sedang mendidih atau menggelegak. Simpang siur dan turun naiknya begitu unik. Kekadang ia sihat dan baik bagaikan fitrah asalnya. Namun sesekali bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.

Bagaimana caranya untuk mengesan samada hati kita sihat atau sakit? Sekali lagi Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata katanya:

“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”.

Beliau menegaskan lagi bahawa kata kata itu bersandarkan sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).

Kalau badan kita sakit, kita tidak berselera untuk makan sekalipun dihidangkan makanan yang enak. Mana mungkin kita makan, hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni ketika deria pandang, bau dan rasa kita telah “tercabut”.

Begitu juga dengan hati yang sakit menolak segala “makanan Rohani” yang enak dan lazat seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, doa dan lain lain. Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tetapi kerana hati kita sakit. Apabila membaca al-Quran tidak manis, bukan beerti al-Quran itu pahit tetapi hati kita yang sakit.

JALAN MUJAHADAH

Hati yang sakit wajib dirawat. Jika sakit lahiriah menyeksa kita didunia dan paling buruk akan berakhir dengan kematian, sakit bathiniah (hati) menyebabkan kita terseksa di dunia dan menderita selama lamanya diakhirat. Tidak ada Jalan lain untuk merawat hati kecuali dengan Jalan mujahadah (bersungguh sungguh menempuh Jalan ketaatan).

Ubat selalunya pahit, maka begitulah dengan mujahadah, ia sangat pahit, perit dan menyeksa. “No pain, no gain”.

Itulah hukumnya. Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Jadi tidak ada Jalan pintas untuk merawat hati melainkan dengan bermujahadah. Orang yang bersungguh sungguh dalam mujahadah akan mendapat pimpinan Alalh SWT, insya-Allah.

Mafhum Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang bersungguh sunguh di Jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan Jalan Jalan Kami.”. (Surah al-Ankabut 29:69)

Untuk mendapat dorongan dan kekuatan dalam bermujahadah, renungilah panduan panduan yang diberikan oleh Al-Quran dan sunah mengenai soal hati. Ikutilah nasihat para ulama yang merupakan “doktor-doktor” Rohani yang arif dalam soal yang seni dan maknawi ini. Mereka yang celik mata hati ini mempunyai “stetoskop” yang dapat mengesan penyakit hati dan mengubatinya.

Sehubungan dengan itu, imam Al-Ghazali memberi panduan :

“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran. JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”

MARI KITA PERINCIKAN TIGA KAEDAH INI:


1. Membaca Al-Quran

Sudah semestinya hati terganggu oleh kerenah kerenah manusia atau gelombang kehidupan. Namun lazimilah mencapai Al-Quran dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan Rahmat serta penawar..” (Surah al-Isra’ 17:82)

Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, Cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

Orang yang “berjaya” tetapi meninggalkan Al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh. Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia melainkan mata benda yang menipu” (Surah Ali Imran 3:185)

Bagi mereka kehidupan adalah sempit. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang dikehendaki-Nya menjadi sesat. Dia (Allah) jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah dia sedang mendaki ke langit..” (Surah al-An’am 6:125)

Buat mereka ini dijanjikan kesibukan yang tanpa henti kelesuan yang tiada berpenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.

2. Mendirikan Solat

Selain membaca Al-Quran, rawatlah hati dengan solat. Berkata seorang ulama bernama al-Hakim:

“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.

Hati yang lemah akan mendapat semula kekuatannya apabila bersandar kepada satu kuasa Yang Maha Perkasa. Sebagai perbandingan, pakar pakar psikologi sering menyarankan supaya kita meluahkan masalah yang membebankan kepada orang yang kita sayangi, percayai atau hormati. Langkah itu akan meredakan beban rasa yang mencengkam jiwa.

Ini dibuktikan secara saintifik. Kajian menunjukkan manusia perlu didengar kata-kata dan rintihannya seperti ia memerlukan makanan. Kata mereka, bila didengar ini akan melegakan perasaan rasa resah yang ditanggung. Bijak pandai ada mengungkapkan “The first duty of love is to hear”- tugas cinta yang pertama ialah mendengar.

Ya, sekiranya kita meluahkan rasa hati kepada manusia itu pun sudah melegakan. Apa lagi jika kita solat, ini beerti kepada Zat yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh hamba-Nya.
.
Bukankah antara satu nama Allah SWT ialah Al-Sami’ (Maha Mendengar)? Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hamba-Nya. Apabila kita rasa Allah mendengar segala pengaduan kita, sudah pasti jiwa kita akan mendapat satu ketenangan dan kerehatan.

Sebab itu, seringkali Rasullullah SAW bersabda kepada Saiyidina Bilal ( apabila Baginda menyuruhnya melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal”.

Itulah ketenangan hati yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dengan anjurannya, “Carilah hatimu dalam solat!”.

3. Mengingati Mati

Rawatlah hati dengan mengingati mati. Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati. Hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.

Sabda Baginda SAW: “ Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati” (Riwayat al-Baihaqi).

Jadilah insan yang bijaksana sepertimana yang dimaksudkan oleh Rasullullah SAW, yakni mereka yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Impak daripada mengingati mati, para sahabat Rasulullah SAW hidup bahagia, tenang dan aman disamping dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan.

Ingat mati ialah pembasuh hati yang gelisah dan resah. Cukuplah mati sebagai peringatan dan pengajaran. Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat. Ingat mati itu sesungguhnya akan memberi satu tenaga yang begitu ampuh untuk menjalani kehidupan dengan jiwa yang kukuh.

Persediaan menghadapi mati menyebabkan ktia lebih produktif dan aktif dalam hidup! Sebaliknya melupakan mati akan mematikan hati.



Formula Asas Tarik Rezeki

Kenapa Buat Solat Dhuha Tak Dapat Rezeki Yang Dididamkan?

Sebenarnya solat Dhuha boleh dibuat 2-16 rakaat. Solat dhuha ini bukanlah untuk nak minta rezeki itu ini. Tapi sebenarnya kita buat solat dhuha adalah sebagai tanda syukur atas segala rezeki dan nikmat yang Allah telah beri.

Kenapa makin banyak rakaat makin luar biasa kesannya?

Kerana makin banyak sujud makin Allah suka, makin tunduk makin rasa bersyukur. Yang jadi rezeki melimpah-ruah adalah sebab amalan dhuha itu sendiri. Allah s.w.t berfirman _"jika kamu bersyukur maka AKU tambah nikmatKU kepadamu."_

Sebab itu dhuha dikatakan Tarik rezeki, sesudah bersyukur Allah tambahlah nikmat. Selama ini duk ingat solat sunat 2rakaat sahaja kan. Sebab tu ada yang buat tapi tak dapat apa-apa. Taklah, dhuha itu tanda kita bersyukur sebenarnya. Jelas.



Kisah Akak Peniaga Kerepek

TANGGUH TAMBAH ILMU, ALLAH TANGGUHKAN REZEKI

Bila ada duit, mana satu nak dulukan?

Modal niaga atau modal tambah ilmu?

Jom baca ni,

Seorang akak ni berniaga kerepek. Awalnya dia cadang nak beli FTR bila dapat duit 'lebih' niaga. Nak dijadikan cerita, akak ni terima tempahan 100kg kerepek. Berbunga rasa hati, tapi gembira tu tak lama sebab tiba-tiba customer tak jadi ambil last minute.

Berdasarkan pengalaman dan keyakinan sahabat Elit FTR ni, dia beri pandangan supaya kakak ni, ambil peluang, labur dulu untuk ilmu FTR.

Fahamkan isinya. Sebab kalau Allah berkehendak 100kg kerepek tu mudah je nak jual.

Alhamdulillah, akak ni pun setuju nak miliki FTR. Nak tau apa jadi selepas kakak ni melabur sedikit duit untuk ilmu?

Allah gantikan sesuatu yang jauh lebih baik. Akak ni dapat satu tempat, kedai tu minta akak ni hantar kerepek 100kg tu, plus boleh hantar tiap tiap bulan lagi. Berganda ganda Allah ganti.

Subhanallah!

Alhamdulillah!

Allahu Akbar!

Betullah kan, jika Allah nak, 100kg kerepek tu memang sangat mudah nak jual. Kalau korang faham ada ilmu, tak de yang mustahil pun bagi Allah. jadi,, ku ucapkan

"Selamat datang ke dunia keajaiban".

Tapi kalau korang ragu-ragu, terpaksa lah cakap,

"Selamat Datang Ke Dunia Kerja Keras"









Rezeki

Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri. 

Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia. Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia.

Allah swt hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda

Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya!

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.

Jadi ingat lah,

" Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri. "

Kau hanya akan bahagia kalau kau terima.

Percaya dan terima lah, Di samping kita berusaha ,bertawakal.redha lah apa yang ada.

Apa yg kita dpt apa yg kita nikmat Hari ini. Bersyukurlah agar kita org Yg terhindar Dari sifat angkuh dan sombong. Moga kita terhindar Dari org² yg rugi dan ditipulalai.


-Aamiin Yaa Rabb-






Munafik Menghalang Rezeki

Penghuni neraka paling bawah sekali (neraka hawiyah) ialah orang MUNAFIK. Sifat munafik menurut baginda Rasulullah ada 3. orang munafik ni macam mana?

  • Bila dia bercakap, dia berbohong - contoh.. bila orang tanya mesej. dia jawab (otw ni... otw.. tunggu nah. Padahal tak gerak-gerak lagi. tak tahu kat mana lagi) dan lain-lain penipuan 
  • bila dia berjanji, dia mungkiri. Ini orang panggil cakap tak serupa bikin - Janji lain, buat lain, tak tepati janji. Seperti suami berjanji pada isterinya. berjanji dengan kawan tapi mungkir janji. 
  • bila diberi amanah, dia khianat - ini bila majikan beri kerja suruh buat kerja yang company punya, tapi kita buat kerja lain yang takda kena mengena dengan waktu kerja. 


Rezeki itu pun boleh jadi haram. Sebab kerja tak amanah. Tidak meminta izin majikan untuk buat kerja lain di waktu pejabat. 

Contoh berniaga online sambil buat kerja pejabat walaupun time tu tak ada kerja.... ini tidak amanah kita panggil. Rezeki yang dapat tu kita beri pula pada anak isteri..jadi darah daging. Sebab tu ada yang degil tak dengar kata, sebab sumber makanan tu tak halal. Sebab itu ada rezeki tapi cepat bocor, cepat habis, tak lekat, rasa tak cukup. sebab tak berkat. jadi..caranya kita kena minta izin tuan majikan tu dulu... paling tidak pun kena cakap juga. 

Itu sedikit perkongsian ustaz Elyas tuan guru yang saya hormati...Cuba periksa diri kita ada tak macam ni?

Kalau nak rezeki LANCAR dan LAJU mulai hari ini...Kalau ada buat perkara yang saya sebut atas tu... cepat-cepat ubah dan bertaubat, meminta maaf pada mereka yang berkenaan, kerana tempatnya di neraka paling bawah kalau mati hari ini tak sempat bertaubat.. ALLAHUAKBAR... kami memohon keampunanMU ya ALLAH dari sifat-sifat munafik... aamiin 

In SHAA ALLAH REZEKI akan lancar semula...

Berilah kami hidayah dan petunjukMU Ya ALLAH. Tempatkan kami dalam kalangan yang beriman dan orang-orang soleh. 






Menggapai Keikhlasan Hati

Pernahkah kita terfikir bagaimana agaknya sekeping hati yang tersimpan elok di dalam tubuh kita boleh tercedera sedangkan badan kita sihat sejahtera?? Seringkali kita mendengar keluhan seperti ini…

“Aku sakit hatilah dengan dia tu!”

“Aku menangis dalam hati, tak ada siapa yang tahu..”

“Hati aku terseksa sebab rindukan dia.”

Bagaimana hati boleh cedera? Bagaimana hati boleh sakit? Bagaimana hati boleh menangis? Apakah kita dapat mendengar tangisan hati kita sendiri? Benarkah hati kita terseksa? Bagaimana seksaannya itu? Apakah kita merasai sakitnya hati kita apabila ada orang menyakiti kita?

Walaupun zahirnya, hati itu tersimpan rapi di dalam tubuh kita tanpa ada sebarang marabahaya yang boleh menyakiti dan melukainya,namun, secara batin, hati kita sebenarnya selalu cedera dan akan parah jika tidak segera diubati.

BAGAIMANA HATI BOLEH CEDERA?

Hati kita boleh cedera dengan beberapa faktor dalaman dan luaran. Antaranya:

Faktor Dalaman

  • Hasutan syaitan yang menyuruh agar melakukan kemungkaran. 
  • Nafsu amarah yang sentisa mengajak kepada kemaksiatan. 
  • Lemah iman di dada. 
  • Berdendam dan su’uzon(buruk sangka) dengan manusia. 
Faktor Luaran

  • Pengaruh negatif gejala sosial (pergaulan bebas dll) 
  • Pengaruh TV (menonton cerita-cerita maksiat dan tak bermanfaat) 
  • Malas pergi ke majlis-majlis ilmu. 
  • Malas membaca buku-buku ilmiah 
  • Keadaan sekeliling yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda. 

Faktor Dalaman akan menyebabkan hati kita cedera dan luka kerana kesannya amat buruk kepada batin kita. Hati akan berasa lemah dan lesu tanpa iman untuk melawan gelodak nafsu. Hati juga akan berasa berat hati tanpa takwa di jiwa untuk menolak undangan syaitan durjana ke arah kemaksiatan. Sekali kita berbuat dosa, titik hitam akan tercalit di hati kita. Bukankah itu menunjukkan bahawa hati kita sudah mula cedera?

Ibn Mas’ud berkata : “ Dosa itu menggoncangkan hati.”

Faktor Luaran juga menyebabkan hati semakin terluka dan akan bertambah parah kerana kesannya amatlah zahir. Jika kita terus-terusan melakukan maksiat dan kejahatan, diri kita sendiri akan berubah menjadi apa yang kita usahakan. Sebab itulah wujudnya pencuri, perompak, perogol, pelacur, pelumba haram dan banyak lagi gejala yang tidak sihat untuk kita ikuti. Ketandusan ilmu pengetahuan akan menyebabkan kita jahil dan buta dalam melakukan sesuatu perkara. Kekontangan ilmu juga akan menjadikan kita seorang yang jahil agama. Bagaimana kita ingin mengetahui sesuatu perkara itu baik dan berpahala atau sebaliknya tanpa wujudnya ilmu di minda kita? Akal semata-mata bukan penentuan segalanya.

SEMBUHKAN HATI KITA

Hati yang tidak dididik dan diasuh dengan cermat akan mudah luntur dan cair dengan pujuk rayu nafsu dan syaitan. Hati yang lemah iman juga akan senang dan amat mudah untuk dipengaruhi. Hati yang lalai akan sentiasa berada dalam keadaan alpa andai tiada bimbingan tarbiyah dan tazkirah. Hati yang penuh dengan calitan hitam tidak akan sedar akan dosa yang dilakukannya. Baginya, dosa biasa yang dilakukannya itu adalah perkara biasa.

Hati perlu disuntik dengan jarum takutkan api Neraka Allah agar diri tidak lagi berani untuk berbuat maksiat. Hati juga perlu sentiasa disiram dengan akhlak yang murni seperti merendah diri agar tidak timbul perasaan riak dan bangga dalam diri dan menyebabkan hati menjadi layu serta tidak bertenaga. Hati memerlukan tazkirah agar kita sentiasa mengingati mati.

Firman Allah yang bermaksud : “Orang Mukmin ialah orang yang ketika nama Allah disebut, hati mereka gementar…” (Surah Al-Anfal : 2)

Hati juga memerlukan sifat malu. Malu untuk melakukan maksiat dan kejahatan pada-Nya. Andai hati sudah malu, masakan tidak diri kita juga akan merasakan rasa yang sama? Pasti! Kita pasti akan rasa malu untuk melakukan perkara maksiat kerana anggota ini milik-Nya. Takkan kita nak buat maksiat dengan anugerah anggota badan pinjaman-Nya ini? Tidak malukah kita?

Daripada Imran bin Hussain r.a., Nabi SAW bersabda : “Malu tidak mendatangkan suatu hasil pun melainkan kebaikan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Abdillah al-Nukman bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : “…Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingatkan Allah, memuji kebesaran-Nya, mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi serta menghindari larangan-Nya. Hati yang baik juga sentiasa bersih daripada sifat mazmumah seperti dendam, benci, riak dan takbur serta bangga diri.

Hati yang rosak pula ialah hati yang telah dipengaruhi dan dikuasai sepenuhnya oleh nafsu dan syahwat yang jahat hingga tidak diendahkan lagi halal haramnya. Hati yang rosak juga sudah dianggap mati hayatnya untuk berhubung dan bertasbih pada-Nya.

Sembuhkanlah hati kita. Jangan cederakannya lagi dengan luka-luka dosa dan noda. Jangan parahkan ia dengan kesakitan dan kesengsaraan jiwa. Jangan rosakkan ia dengan perbuatan maksiat dan kejahatan. Mujahadahlah! Kerana selagi denyut nafas masih bernadi, syaitan dan nafsu akan sentiasa menjadi musuh utama kita yang tersembunyi. Mujahadah itu memang payah dan pahit kerana Syurga itu sememangnya indah dan manis.

Manfaatkanlah hati kita sebaik-baiknya. Bersyukurlah atas pinjaman-Nya yang amat berharga ini. Hargailah ia dan manfaatkan sebaiknya. Jangan sesekali membutakan hati kita dengan keasyikan duniawi semata-mata. Jaga dan peliharalah hati agar kita bisa memperoleh haruman Syurga di sana nanti.

Firman Allah yang bermaksud : “Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj : 46)


Kuasa Syukur Magnet Rezeki

Assalamualaikum wbt sahabat, ramai yang masih tercari-cari ...Formula menjemput rezeki? Petua nak rezeki melimpah ruah?

Kalau disenaraikan memang panjang berdepa-depa tip magnet rezeki ni. Dari awal celik mata hinggalah nak pejam mata. Ada saja amalan yang boleh mengundang rezeki.

Soalnya, dalam senarai yang banyak-banyak itu, ada tak kita pilih untuk buat dan istiqamah setiap hari?

Apabila dah diamal, tetiba tertanya-tanya pulak.

Aik … tak mewah pun hidup? 
Tak jadi jutawan pun? 
Tak dapat rezeki tergolek pun? 

Beb, soal diri sendiri balik, “Aku buat semua ni sebab nak kan rezeki saja ke atau nak rapat dengan Pemilik rezeki dengan sebenar-benar rapat?”

Kalau setakat nak rezeki. Semua dah dapat pun hakikatnya. Sihat, kerjaya, bisnes, gaji, makan minum, pakaian, kediaman, kenderaan dan macam-macam. Suami yang baik, anak-anak yang comel. Sebut saja …

Belum dikira lagi nikmat ilmu, Islam, Iman, amal, ibadah. Udara, angin, air, cahaya.

Ah, banyak sangat rezekinya!

Yakini dan berpegang satu kunci rezeki yang ini dulu. Iaitu BERSYUKUR. InsyaAllah yang lain, mudah sangat Allah nak beri. Gitu kawan!

Belajar bersyukur walau sering terbabas dan hal yang lain Allah pasti lunaskan. Anda bersyukur. Rezeki kan subur ;-)





Sumber: http://idahaniali.blogspot.my/2017/02/kuasa-syukur-magnet-rezeki.html


Teruskankah menyampaikan yang benar

Hari-hari kita ajak orang buat baik tapi kita bukanlah baik mana pun lagi..  At least kita cuba berusaha untuk jadi baik sebenarnya. Proses....