Teruskankah menyampaikan yang benar

Hari-hari kita ajak orang buat baik tapi kita bukanlah baik mana pun lagi.. 

At least kita cuba berusaha untuk jadi baik sebenarnya. Proses.

Orang kata kita hipoktrit. Its okey jalan je k. 

Teruskan menyampaikan apa yang benar sebab dengan belajar untuk berdakwah pada orang lain sebenarnya kita sedang dakwah diri kita sendiri.

Lebih baik kita berpesan2 kepada kebaikan berbanding kita buat benda tak berfaedah lain.

Kalau kita ajak orang lain solat dhuha tapi kita sendiri on off dhuha. Takpa. Ajak dan ingatkan selalu ya. Supaya nanti lama2 dengan izin Allah kita takkan on off lagi.

Teruskan dakwah dengan penuh hikmah. Jangan sesekali hinakan niat baik orang lain.

Begitulah perjalanan dakwah. Nak dakwah diri sendiri tak mudah iman juga turun naik. Bukannya maksum. Selalulah berpesan pada kesabaran dan kebenaran walaupun kita belum baik. Hidup ni ada 3 pilihan.

Buat baik 
Tak buat apa2 
Buat jahat. 

Yang mana better? Sudah tentulah buat baik.

Berpesan-pesan lah pada kesabaran dan kebenaran. Sekalipun kita belum baik. Kerana itulah suruhan Allah. One day inshaaAllah kita akan beransur jadi lebih baik. Semoga Allah redha.

Orang yang baik dia akan support keje dakwah orang lain dengan hikmah bukan dengan hinaan dan cacian.

Sungguh konsep rezeki difahami berbeda beda oleh setiap orang ikut pemahaman masing-masing.

Team cikgu. Sekalipun anda masih lagi merangkak untuk jadi baik. Takpa teruskan dakwah lillahitaala dengan azam untuk perbaiki diri setiap hari. Solat taubat selalu jangan tinggal.

Nora Yusof. 
#PenulisFTR




Teruskankah menyampaikan yang benar

Hari-hari kita ajak orang buat baik tapi kita bukanlah baik mana pun lagi..  At least kita cuba berusaha untuk jadi baik sebenarnya. Proses....