Teruskankah menyampaikan yang benar

Hari-hari kita ajak orang buat baik tapi kita bukanlah baik mana pun lagi.. 

At least kita cuba berusaha untuk jadi baik sebenarnya. Proses.

Orang kata kita hipoktrit. Its okey jalan je k. 

Teruskan menyampaikan apa yang benar sebab dengan belajar untuk berdakwah pada orang lain sebenarnya kita sedang dakwah diri kita sendiri.

Lebih baik kita berpesan2 kepada kebaikan berbanding kita buat benda tak berfaedah lain.

Kalau kita ajak orang lain solat dhuha tapi kita sendiri on off dhuha. Takpa. Ajak dan ingatkan selalu ya. Supaya nanti lama2 dengan izin Allah kita takkan on off lagi.

Teruskan dakwah dengan penuh hikmah. Jangan sesekali hinakan niat baik orang lain.

Begitulah perjalanan dakwah. Nak dakwah diri sendiri tak mudah iman juga turun naik. Bukannya maksum. Selalulah berpesan pada kesabaran dan kebenaran walaupun kita belum baik. Hidup ni ada 3 pilihan.

Buat baik 
Tak buat apa2 
Buat jahat. 

Yang mana better? Sudah tentulah buat baik.

Berpesan-pesan lah pada kesabaran dan kebenaran. Sekalipun kita belum baik. Kerana itulah suruhan Allah. One day inshaaAllah kita akan beransur jadi lebih baik. Semoga Allah redha.

Orang yang baik dia akan support keje dakwah orang lain dengan hikmah bukan dengan hinaan dan cacian.

Sungguh konsep rezeki difahami berbeda beda oleh setiap orang ikut pemahaman masing-masing.

Team cikgu. Sekalipun anda masih lagi merangkak untuk jadi baik. Takpa teruskan dakwah lillahitaala dengan azam untuk perbaiki diri setiap hari. Solat taubat selalu jangan tinggal.

Nora Yusof. 
#PenulisFTR




Kenapa Berhenti Berusaha?

Kalau kita masih belum berjaya,Kenapa berhenti berusaha?

Kalau bukan sekarang masanya, Nak tunggu nanti umur kita yang ke berapa? 

Selagi kita kuat tenaga dan daya, Kenapa nak tunggu nanti tua? Sungguh masa tidak akan tunggu kita, Kalau bukan kita sendiri yang usaha, nak harapkan siapa? 

Nak berjaya tu senang je tuan puan. Usaha, usaha, dan teruskan usaha. 

Kita nampak iklan lalu depan kita sekali rasa macam nak beli je. 

Tekan info rasa macam mahal. Tak cukup duit. So kita hold dulu. Nanti kita kata.

Lepas tu kita lupa dah. Kemudian, iklan tu lalu lagi. Lagi lagi lagi lagi sampai ntah berapa kali dia lalu. Kita jadi geram. Asyik-asyik iklan ni je lalu. Walaupun 17 kali kita masih belum terjebak. 

Dia lalu lagi lagi dan lagi. Sampaikan kita termimpi dan mengigau. Itulah marketing. Marketing adalah buah pinggang bisness.

Maksudnya marketing ada dua cabang. Satu marketing bumi kita panggil. Dua, marketing langit. 

Kena buat dua-dua baru seimbang. Dan dua-dua kena agresif. Barulah result power. 

InshaaAllah. 

Ramai orang setelah dia selesa, dia tidak lagi agresif untuk capai apa yang dia nak capai. Dan dia lupa hidup adalah untuk membantu ramai orang capai apa yang mereka nak capai. Bukannya sibuk capai apa yang sendiri nak capai. 

Selagi orang sekeliling belum berjaya dibantu. Selagi tulah kita kena teruskan usaha. 

Nora Yusof. 
#PenulisFTR 
#FTRExclusive 
#BukuRezekiKelasPertama



Vitamin HATI ni kena ambil setiap hari

Cara makan dia. Satu tajuk pagi. Satu tajuk petang dan satu tajuk sebelum tido. 

Bila hati sihat. Rezeki pun senang masuk.

Bila hati sakit. Rezeki pun mudah menjauh.

Assalamualakum semua. Sape ambik vitamin hati ni? Best ke best? Usung dalam beg hat kecik tu je ok. Kalau usung hat besar tu mahu senget bahu nanti. Hehe.

Ke ada yang usung hat besar tu jugak? 🤭




Nora Yusof
#BacaBacaSentap




Bersedialah Dari Sekarang

Dalam keadaan sekarang apa yang paling penting?

  • Persiapkan amalan dan takwa.
  • BacktoAllah.
  • Zikir banyak-banyak.
  • Istighfar banyak-banyak.
  • Berdoa banyak-banyak.
  • Usah saling menyalahkan. 

Mantapkan tauhid. Tidak terjadi sesuatu tanpa izin Allah. Doakan agar Allah kurniakan kita pemimpin yang berwibawa. Doakan mereka dan kita dikurniakan hidayah dari kesesatan. Doakan agar Allah beri kekuatan kepada seluruh barisan hadapan untuk kuat berjuang demi agama dan bangsa. Semoga Syurga tempat para syuhada, para solihin yang telah pergi meninggalkan kita.

Mereka sudah. Bila pula giliran kita. Bersedialah. Bersedia dari sekarang. Ayuh mantapkan iman. Fokus akhirat sebagai tujuan utama. 

Nora Yusof
#MenulisKESyurga.
#JanaPAHALAtanpaHentibersamaFTR



Dah nama pun berniaga, mestilah kena ada jual beli.

Taknak beli duk dediam.

Saya pun tak paksa aih.

'Alah ilmu pun nak kedekut ke' nak berkira jugak ke?

Mesti! Sebab saya yang wat susah payah. ikut suka saya nak cas ke taknak.

Dia sambung lagi... katanya.

'Kalau macam tu tak ikhlas lah nak tolong orang.'

Kamu mana tau saya tolong orang macam mana? Tak tahu jangan nak memandai-mandai buat andaian. Ikhlas kira percuma ke? Habis berbayar tak ikhlas?

Ikhlas tak kira percuma ke berbayar oritee. Mana kamu belajar ikhlas tu mesti percuma aje?

Habis yang bersedekah guna duit semua tak ikhlas lah?

Kamu tu yang tak ikhlas nak tolong diri sebenarnya. Kedekut dengan diri sendiri. Nak hadiahkan ilmu untuk kebaikan diri pun berkira. 

Kamu taknak beli ada saya kisah? 

Saya tak kisah. Kamu taknak. Saya kasi pada yang nak. Settle. Tak yah cakap banyak.

Bising pulak dia. Eh eh.

Nak berguru. Guru kena tunduk kat anak murid ke, anak murid kena tunduk kat guru?

Kalau nak baca, cabar diri sendiri dapatkan yang original daripada saya. Huhu.

Bukan baca dari kawan, bukan copy paste tanpa restu. Bukan pinjam-pinjam.

Nak buat macam tu mintak izin saya dulu. 

Okey?

Terima kasih.

P/S: Saya tak pernah paksa pun. Ikut suka sayalah. Jadi apa hak kamu nak maki-maki saya kedekut bagai. Terima kasih sedekah pahala free kat saya.

Saya mudahkan jalan aje supaya kamu tak perlu pening macam saya bertahun-tahun. Just sedekah (bayar) untuk dapat ilmu besar pahalanya. Itu pun nak dapatkan rezeki untuk diri. Nak Ilmu tentang rezeki. Nak tambah rezeki pun boleh berkira-kira. 

Bukan saya tak paham mereka yang susah. Tapi cubalah usaha sikit. Nampak bebenor suka cari alasan. Saya cakap macam tu sebab masa saya susah tak pernah buat macam tu. Kalau nak apa-apa saya akan usaha sampai dapat. Tak dapat saya bersabarlah sehingga datang pertolongan Allah. Gitu...

Bukan tau nak mudah aje.

Nak yang percuma? Kat wall saya ni pun berlambak. Tang mana lagi kedekut? Haiyaa..takkan saya nak tolong bacakan satu-satu plak. Godeklah sendiri.

Kenapalah kamu tak belajar bersyukur? Meraikan Ilmu itu tanda orang yang bersyukur tau.

P/S/S: Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan ke Syurga.

Itu pun taknak tempuh? Tak percaya janji Allah?

Hummmm

Eh tak tido lagi ya anda yang baca ni. Sorilah saya membebel pulak pepagi buta ni. Jam 1.43 pagi. Adehhh!

Nora Yusof.


#AlwaysBackToAllahWithFTR





Rahsia Kejayaan Kehidupan

RAHSIA KEBERKATAN

Keempat-empat imam besar 
Hanafi 
Maliki 
Syafie 
Hanbali


Rahsia kejayaan mereka dalam kehidupan adalah mengutamakan redha ibu, Allah dan sangat menghormati guru.



Nak buat apa, nak pergi menuntut ilmu walau dekat jauh. Nak keluar berjumpa kawan dan sebagainya pasti akan tanya ibunya dulu sama ada baik atau buruk. Dengar cakap ibu tanpa bantahan. Mesti utamakan ibu. Tiap kali nak menuntut ilmu. Walaupun dia tahu menuntut ilmu itu adalah tujuan yang sangat baik, nak tak nak dia akan mintak pendapat ibu dia dulu. Ibu dia jawab 'ya' baru dia pun ya dan akan sentiasa meminta ibu mendoakan dia mendapat ilmu yang bermanfaat untuk dirinya dan orang lain.

Kelebihan Ibu keempat-empat imam ni semua pandai baca quran. Anak-anaknya jadi ulama besar dan alim dalam segala ilmu puncanya hafaz al-quran dan ajar quran start dari kanak-kanak tu boleh bercakap.

Satu lagi yang paling-paling dipentingkan ibu-ibu ini adalah makanan yang halal. Apa yang diberinya dipastikan dari sumber yang halal.

Tahap halalnya sampaikan Imam Hanafi ni, bila dapat tahu ada perompak kambing makan daging kambing, buang tulang atau sisa kambing dalam sungai/punca air. Disebabkan takutnya dia termakan ikan-ikan yang makan sisa kambing yang dibuang tu, dia menahan diri selama 6 tahun tak makan ikan.

sebab jangka hayat ikan tu paling lama 6 tahun katanya nelayan. . . Kita???

Sumber sejarah Islam.


Nora Yusof. 




Nak Malu Apa Promot Bisnes Sendiri

Buat jelah. Kalau tak promot orang tak nampak.

Kalau promot pun belum tentu orang beli. Apatah lagi kalau tak promot.




Orang tak paham dia akan kata kita gila duit. Kata kita gila kekayaan. Kata kita macam-macam. 

Jalan terus je guys. Niat kita. Visi misi kita Allah tahu cukup. Team faham cukup. 

Malu-malu kuching takyah bisness lah weh.

Jutawan tak jutawan letak tepi. NY buat je. Closing pun NY buat. Marketing pun NY buat. Menulis pun NY buat. Mentoring pun NY buat. Selagi boleh beri manfaat pada orang. 

Mission nak bantu lebih ramai orang kan. Selagi kita boleh buat. Buat jelah sampai meninggal. Buat kerana Allah. 

Lenguh nak betulkan apa yang orang lain fikir.


Nora Yusof.
#BacaBacaSENTAP




Teruskankah menyampaikan yang benar

Hari-hari kita ajak orang buat baik tapi kita bukanlah baik mana pun lagi..  At least kita cuba berusaha untuk jadi baik sebenarnya. Proses....