Hati Itu Allah Yang Pegang!

"Jangan kita nampak mereka buruk, kita ni baik. Seolah-olah mereka tiada masa depan. Kita akan mulia jika kita memuliakan orang"

haa, betapa bestnya tips emas ni. Macam mana sakit hati atau bengang nya kita dengan adik beradik kita, ingatlah mereka juga manusia. Hati manusia ini Allah yang pegang.


Tiada satu zarah pun yang akan bergerak melainkan dengan izin Allah. Jadi jangan lah kita menyimpan dendam dengan darah daging sendiri ya. Maafkan semua orang.





Doa Lah Yang Baik-Baik Untuk Semua Orang

Hidup ini perlu diperhati dan perlu untuk memerhati dengan teliti. orang yang mendoakan keburukan untuk seseorang adalah sebenarnya sedang mendoakan diri nya sendiri untuk menjadi buruk. Orang yang mendoakan seseorang untuk masuk neraka sebenarnya sedang mendoakan dirinya sendiri masuk ke neraka.

Teringat kisah Ahlullah yang telah dirompak dan di tikam. Pencuri itu telah memasuki rumahnya, merompak dan menikam Ahlullah di dada sehingga membuat kan ahlullah itu tidak berdaya. Pencuri tersebut telah lari bersama barangan rompakan nya dan bersembunyi agar tidak dapat di lihat orang lain.

Lalu datang lah jiran ahlullah untuk membantunya. Mereka mendengar ahlullah mendoakan kesejahteraan pencuri tersebut memohon kepada Allah supaya pencuri tersebut di masuk kan ke dalam syurga dan di ampunkan dosa dosanya. 

Salah seorang jiran ahlullah kehairanan dan bertanya kan kepada ahlullah, 

"Ahlullah, mengapa engkau mendoakan si pulan itu masuk ke syurga sedangkan dia telah merompak dan menikammu?"

Maka jawab Ahlullah, 

"Bagaimana mungkin aku dapat masuk ke syurga jika aku mendoakan orang lain masuk ke neraka?"

Terdiam lah semua jiran - jiran nya. 










Allahuakbar. Adakah kita mampu buat begitu?

Berapa ramai yang sanggup menyimpan dendam kesumat apabila seseorang menyakitinya. Berapa ramai yang memendam rasa tentang apa yang orang lakukan padanya. Belajarlah sesuatu daripada kisah Ahlullah di atas.

Moga kita jauh dari penyakit hati. Dan sentiasa lah berdoa agar Allah pelihara hati kita. Amin Ya Mujib. 

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana cuma ada satu persinggahan yang abadi lagi hakiki iaitu akhirat."

Kredit: Magnet Rezeki

Rahsia Di Sebalik Bismillah

Baca bismillah 21 kali sebelum tidur ni amalan yang sangat bagus. 

Nak tau apa hikmah amalkan baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali? 

Amalan ni umpama JAM LOCENG 

Siapa yang mengamalkannya inshaaAllah mudah terjaga tepat pada waktu yang diniatkan. 

Contoh nak bangun tahajud jam 3 pagi, inshaaAllah pasti terjaga dengan izinNya. 

Mudah terjaga dari tidur sekiranya didatangi penceroboh atau pencuri. 

Terlindung dari ancaman sihir atau ilmu hitam yang biasa di hantar pada ketika tidur. 

Terselamat dari gangguan manusia atau jin. 

Ayat ayat Allah banyak sangat fadhilatnya. Pilih dan buat mana yang mampu. Selamat beramal.




Teruskankah menyampaikan yang benar

Hari-hari kita ajak orang buat baik tapi kita bukanlah baik mana pun lagi..  At least kita cuba berusaha untuk jadi baik sebenarnya. Proses....