Doa Lah Yang Baik-Baik Untuk Semua Orang

Hidup ini perlu diperhati dan perlu untuk memerhati dengan teliti. orang yang mendoakan keburukan untuk seseorang adalah sebenarnya sedang mendoakan diri nya sendiri untuk menjadi buruk. Orang yang mendoakan seseorang untuk masuk neraka sebenarnya sedang mendoakan dirinya sendiri masuk ke neraka.

Teringat kisah Ahlullah yang telah dirompak dan di tikam. Pencuri itu telah memasuki rumahnya, merompak dan menikam Ahlullah di dada sehingga membuat kan ahlullah itu tidak berdaya. Pencuri tersebut telah lari bersama barangan rompakan nya dan bersembunyi agar tidak dapat di lihat orang lain.

Lalu datang lah jiran ahlullah untuk membantunya. Mereka mendengar ahlullah mendoakan kesejahteraan pencuri tersebut memohon kepada Allah supaya pencuri tersebut di masuk kan ke dalam syurga dan di ampunkan dosa dosanya. 

Salah seorang jiran ahlullah kehairanan dan bertanya kan kepada ahlullah, 

"Ahlullah, mengapa engkau mendoakan si pulan itu masuk ke syurga sedangkan dia telah merompak dan menikammu?"

Maka jawab Ahlullah, 

"Bagaimana mungkin aku dapat masuk ke syurga jika aku mendoakan orang lain masuk ke neraka?"

Terdiam lah semua jiran - jiran nya. 










Allahuakbar. Adakah kita mampu buat begitu?

Berapa ramai yang sanggup menyimpan dendam kesumat apabila seseorang menyakitinya. Berapa ramai yang memendam rasa tentang apa yang orang lakukan padanya. Belajarlah sesuatu daripada kisah Ahlullah di atas.

Moga kita jauh dari penyakit hati. Dan sentiasa lah berdoa agar Allah pelihara hati kita. Amin Ya Mujib. 

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana cuma ada satu persinggahan yang abadi lagi hakiki iaitu akhirat."

Kredit: Magnet Rezeki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Teruskankah menyampaikan yang benar

Hari-hari kita ajak orang buat baik tapi kita bukanlah baik mana pun lagi..  At least kita cuba berusaha untuk jadi baik sebenarnya. Proses....